Saturday 18 June 2011

Rakaman Kuliah / Ceramah

04/07/2011 ~ 10/07/2011 ~ BARU
10/07/2011 [Ah]
~ Ustaz Ahmad Sofi Abdullah

09/07/2011 [Sa]
~ Ustaz Mohamad Muhsyinul Nizam Abdullah

07/07/2011 [Kh]
~ Ustaz Dr Hasnan Kasan
~ Kelebihan Menuntut Ilmu
~ Doa & Wirid Rasullah & Sahabat Selepas Solat
~ Doa Selepas Tahiyyat Akhir
~ Soal Jawab
~ Solat Sunat Hadiah
~ Doa Penutup

06/07/2011 [Ra]
~ Ustaz Affandy Mat Nor
~ Jika Terlupa Baca Bismillah
~ Doa Ketika Mengangkat Jenazah


27/06/2011 ~ 02/06/2011

29/06/2011 [Ra]
~ Ustaz Affandy Mat Nor - Wudu'
~ Doa Ketika Membasuh Tangan
~ Doa Selepas Wuduk

~ Ustaz Surol Miri
~ Doa Nabi - Sambungan Doa Selepas Iftitah

28/06/2011 [Se]
~ Ustaz Zarul Imran Jaapar

20/06/2011 ~ 26/06/2011
21/06/2011 [Se]
~ Ustaz Zarul Imran Jaapar ~ Kuliah Maghrib

13/06/2011 ~ 19/06/2011
19/06/2011 [Ah]
~ Ustaz Khazri Othman ~ Kuliah Subuh

18/06/2011 [Sa]
~ Ustaz Mohd Muhsyinul Nizam Abdullah ~ Kuliah Maghrib
~ Doa Dihindarkan Dari Fitnah

18/06/2011 [Sa]
~ Ustaz Mohd Muhsyinul Nizam Abdullah ~ Kuliah Subuh

14/06/2011 [Se]
~ Ustaz Zarul Imran Jaapar ~ Kuliah Maghrib

13/06/2011 [Is]
~ Ustaz Rosmin Adam ~ Kuliah Maghrib

06/06/2011 ~ 12/06/2011

09/05/2011 ~ 15/05/2011
14/05/2011 [Sa]
~ Ustaz Mokhtar Senik ~ Kuliah Bulanan
~ Soal Jawab

[+] Baca Lagi...

Kelas Mengaji Quran Dewasa


~ Hasil Perjumpaan ~
~ Kelas Mengaji Dewasa
~ 25 November 2010 - Khamis
~ Surau Al-Ansar

# Kelas Akan Diadakan Setiap Ahad Selepas Solat Maghrib
# Kelas Bermula 05 Disember 2010
# Bayaran Setiap Peserta RM 20/= Sebulan

Penyertaan Masih Terbuka

[+] Baca Lagi...

Monday 13 June 2011

PERKATAAN SALAM

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN “SALAM”? Apakah Maksud Disebaliknya?


Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah : “Salam (selamat tinggal)”, Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). (QS. 43:89)

Baik gunakan … ASSALAMULAIKUM atau ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH…


Ilmu untuk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.


Pagi semalam saya (Jemaah Surau Al-Ansar) dengar radio IKIM (91.50 fm). Ustaz Zawawi Yusof ada cerita tentang sunnah Rasullullah s.a.w . Antara yang dibincangkan ialah tentang bab cara memberi salam.


Menurut Ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “ASSALAMUALAIKUM” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatullahi wabarokatuh”


Ringkasnya. Baginda SAW akan memberi salam dengan ucapan “ASSALAMUALAIKUM”


dan … jawab salam .. “WAALAIKUMUSSALAM WARAHMATULLAHI WABAROKATUH”.


Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.


Jawab salam yang betul ialah,


“WAALAI KUMUS SALAM” dan bukannya yang selalu saya dengan iaitu


“WAALAIKUM SALAM”


Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata “Kirim Salam, ASSALAMUALAIKUM pada ASHREE ye… contohya lerr ...


Dan bukannya, “Kirim Salam kat ASHREE yer"


Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti “ko tolong kirim salam maut kat dia yer”.


Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “ASSALAMUALAIKUM” dengan “A’KUM” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.


Jika perkataan “ASSALAMUALAIKUM” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan ‘AS SALAM” yang membawa maksud sama dengan “ASSALAMUALAIKUM”.


Sesamalah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’KUM” dala sms ataupun email. Perkataan “A’KUM” adala gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan Yahudi yang bermaksud “BINATANG” dalam bahasa Ibrani.


Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT’.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’KUM”, kita ingatkan dia guna “AS SALAM” kerana salam ialah perkataan “ASSALAMUALAIKUM”.


Jangan guna ‘BYE’ kera ‘BYE’ adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud ‘Di Bawah Naungan Pope’. Jangan guna “A’kum” kerana “A’KUM"

bermaksud ‘Binatang’ dalam bahasa Yahudi. Jangan guna ‘Semekom’ kerana ‘Semekom’ bermaksud ‘Celaka Kamu’. Gunakan perkataan “AS SALAM” sebagai singkatan bagi “ASSALAMUALAIKUM”.

Tolong forward kepada umat Islam lain, untuk elakkan diri daripada membuat dosa

Wassalam


~ Download / Muat Turun ~


[+] Baca Lagi...

Gambar Kenangan

Kuliah Maghrib Sempena Mauludur Rasul
Bergambar Kenangan Bersama Ustaz Azman Shapawi


Ceramah Umum Maal Hijrah
Bergambar Kenangan Bersama Ir Ahmad Jais Alias

Ceramah Umum Sempena Bulan Haji
Bergambar Kenangan Bersama Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman
Majlis Sambutan Hari Raya 2010
Bergambar Kenangan Bersama YB Sikamat & Isteri


Gambar Kenangan Bersama Imam Jemputan Dari Arab Saudi
05 September 2010 ~ 26 Ramadhan 1431 - Ahad



Gambar Kenangan Bersama Timbalan Mufti Negeri Sembilan
Tn Hj Nor Azami Hj Alias
05 September 2010 ~ 26 Ramadhan 1431 - Ahad



Gambar Kenangan Bersama Ustaz Mohd Azmil Dato' Mustapha

[+] Baca Lagi...

Capaian

SENARAI NAMA AHLI KHAIRAT KEMATIAN ~ 18 JULAI 2010

BALASAN ALLAH PASTI DITERIMA ~ 16 JULAI 2010

KETAHUI MAKSUD NAMA ANDA ~ - 9 JULAI 2010

HUKUM EDARKAN KOTAK INFAK SAAT KHUTBAH JUMAAT ~ 27 JUN 2010

MISTERI TANGAN BESAR ~ 17 JUN 2010

LUBANG BESAR DI GUATEMALA ~ 17 JUN 2010

SEMBAHYANG DI DASAR LAUT ~ 31 MEI 2010

TARIKH LAHIR MENGIKUT KALENDAR HIJRAH ~ 30 MEI 2010

DOWNLOAD BORANG KHAIRAT KEMATIAN ~ 29 MEI 2010

TUJUH PERKARA GANJIL ~ KE ATAS MAYAT ~ 28 MEI 2010

KISAH NABI SULAIMAN & SEMUT ~ 02 MEI 2010 [Petikan Kuliah Maghrib Ustaz Mohd Muhsinul Nizam Abdullah]

KELEBIHAN SOLAT DUHA ~ 30 APRIL 2010

BIHUN MENGGUNAKAN TANDA HALAL TIDAK SAH ~ WAJIB BACA & TENGOK 03 APRIL 2010

STATUS PEMBINAAN SURAU [Menentukan Arah Kiblat] ~ Ihsan Tn Hj Maaraf Kassim ~ 03 APRIL 2010

RANGKA MANUSIA BERSAIZ LUAR BIASA

KEAJAIBAN TUHAN ~ SUNGAI BAWAH LAUT

[+] Baca Lagi...

KITA IBARAT PINGGAN

Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada Kita.. Selang beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu Kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..

Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh.. Pinggan tersebut akan Kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya..

Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai.. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dlm tong sampah yg hina..

Begitulah jua halnya dgn Allah Taala.. Jika Kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan Kita di tempat yang baik dan tempat yg selayaknya bagi Kita.. Iaitu syurga..

Namun jika Kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah akan 'basuh' Kita sebersih-bersihnya di dlm api neraka sebelum memasukkan Kita ke dlm syurga..

Tetapi jika Kita kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya, sehingga tidak dpt dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak2 utk menghumbankan Kita ke dlm neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, Ibarat pinggan yg pecah; tiada nilai lagi...

Semoga bermanfaat...

[+] Baca Lagi...

Kelebihan Bersedekah

KELEBIHAN BERSEDEKAH

Suatu ketika dahulu ada seorang tok guru yang alim dan telah mengarang banyak buku-buku agama tetapi dia amat kurang bersedekah. Pada suatu hari seekor lalat hinggap di bekas dakwatnya dan minum dakwatnya itu, lalu tuan guru itu niat untuk sedekah kepada lalat itu atas apa yang telah diminumnya. Setelah meninggal dunia salah seorang daripada anak muridnya bermimpi bertemu tuan guru itu sedang berada dalam syurga dengan keadaan yang gembira sekali. Lalu anak murid itu bertanya kepada tuan guru adakah tuan guru dapat masuk ke syurga ini kerana tuan guru telah banyak menulis buku-buku? Tuan guru itu menjawab bahawa dia masuk ke syurga bukan kerana buku-buku yang ditulisnya kerana melalui buku-buklu yang ditulisnya itu lahir perasaan riak tetapi dia masuk syurga kerana niat sedekahnya kepada lalat yang meminum dakwatnya. Begitulah saudara saudari sahabat sahabiah sekalian jika kepada haiwan kita pun kita lakukan kebaikan apatah lagi jika kita lakukan kebaikan kepada manusia tambahan pula dalam Bulan Ramadhan.

[+] Baca Lagi...

MARI BERSAMA MENAMBAH SAHAM AKHIRAT




Terdapat satu waktu yang singkat pada hari Jumaat, sesiapa yg bersembahyang dan berdoa menepati waktu tersebut, Allah akan makbulkan permintaannya. (Hadis ~ Muslim)

Memberi Dan Menjawab Salam


SALAM
Memberi Salam Adalah Sunat Dan Menjawab Salam Adalah Wajib

MEMBERI SALAM
Assalamualaikum

MENJAWAB SALAM
Waalaikum Mus Salam Warahmatullah

MEMBERI SALAM
Assalamualaikum Warahmatullah

MENJAWAB SALAM
Waalaikum Mus Salam Warahmatullah Hibarokatuh

MEMBERI SALAM
Assalamualaikum Warahmatullah Hibarokatuh

MENJAWAB SALAM
Waalaikum Mus Salam Warahmatullah Hibarokatuh Wariduanuh


KIRIM SALAM
Sampaikan Salam ~ As Salamualaikum Saya Pada Sipulan Bin/Binti Sipulan

MENJAWAB SALAM
PEMBAWA LELAKI ~ PENGIRIM LELAKI
Alaika Wa Alaihis Salam

PEMBAWA LELAKI ~ PENGIRIM PEREMPUAN
Alaika Wa Alaihas Salam

PEMBAWA PEREMPUAN ~ PENGIRIM PEREMPUAN
Alaiki Wa Alaihas Salam

PEMBAWA PEREMPUAN ~ PENGIRIM LELAKI
Alaiki Wa Alaihis Salam


http://suraual-ansar.blogspot.com
Download Salam PDF

~ Bahan Yang Lalu ~
http://suraual-ansar.blogspot.com/2011/06/perkataan-salam.html


Potong kuku bukan sebarang potong tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya, potong kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku tu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, Bukannya tong sampah sekalipun tong sampah tu bersih.
Mulakan potong kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan potong start jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan Last sekali ibu jari tangan kanan. Kalau kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah cara memotong kuku cara Islam ( sunnah ) yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.
Dari Anas bin Malik bermaksud: Sudah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam. ~ [Riwayat Muslim]. Menurut Imam Shafie: Sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat sepertimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid. Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik, kemudian keluar rumah hingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi orang yang sudah bersaf, kemudian mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata hingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya. ~ [Riwayat Ahmad].
Berkata Abu Hurairah R.A. bermaksud: Nabi Muhammad S.A.W. memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk bersembahyang. ~ [Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani].
RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:- Barang siapa yang memotong kukunya pada ;
Hari Sabtu:Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit. Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan. Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat Hari Selasa:Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan. Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit. Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala. Walaupun tidak ada hadis sahih berkenaan persoalan memotong kuku dan boleh memotong kuku tanpa mengikut hari-hari tertentu. Tetapi, pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat adalah hari yang diutamakan untuk melakukan ibadat sunat. Oleh yang demikian, sunat memotong kuku pada hari-hari tersebut. ~ oleh Ahmad Zaki
~ SEKADAR INGATAN ~

Rasulullah s.a.w Bertanya
"Wahai Iblis, berapa banyakkah temanmu dari umatku?
Berkata Iblis, "Umatmu yang menjadi temanku ada sepuluh

Orang kaya yang sombong
Peniaga yang tidak jujur (khianat)
Peminum arak
Orang yang memutuskan tali persaudaraan
Hakim yang tidak adil
Orang yang mengumpulkan harta melalui riba
Orang yang makan harta anak yatim
Orang yang selalu melengah-lengahkan solat dan sering meninggalkan solat
Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat
Orang yang berangan-angan tinggi


Doa Paling Afdal Di Bulan Ramadhan
“Allah humma innaka ‘afuu wun karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (Maknanya Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku). Dengar & Muat Turun
Dan Tuhanmu berfirman:"Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan"
[Surah Al Mu'min Ayat 60]
BILA ALLAH CEPAT MAKBULKAN DOAMU, MAKA DIA MENYAYANGIMU BILA DIA LAMBAT MAKBULKAN DOAMU,MAKA DIA INGIN MENGUJIMU BILA DIA TIDAK MAKBULKAN DOAMU, MAKA DIA MERANCANG SESUATU YANG LEBIH BAIK UNTUKMU...OLEH ITU SENTIASALAH BERSANGKA BAIK PADA ALLAH DALAM APA JUA KEADAAN PUN... KERANA KASIH SAYANG ALLAH ITU MENDAHULUI KEMURKAANNYA
apa yang paling dekat dengan diri kita - mati
apa yang paling jauh dari kita didunia - masa lalu
apa yang paling besar di dunia - nafsu
apa yang paling berat di dunia - menanggung amanah
apa yang paling ringan di dunia - meninggalkan solat
apa yang paling tajam di dunia - lidah manusia

blogger templates | Make Money Online