Pada Hari Ini 17 Februari 2013 [06 Rabiul Akhir 1434H] Hari Ahad Buat Pertama Kalinya Sembahyang Jenayah Kanak-Kanak Perempuan [5 Hari] Disembahyang Di Surau Al-Ansar Selepas Solat Subuh Dan Diimamkan Oleh Al Fadhil Ustaz Khazri Othman.
Pada Hari Ini 16 April 2012 [24 Jamadil Awwal 1433] Hari Isnin Buat Pertama Kalinya Majlis PengIslaman Saudara Baru Yang Disempurnakan Oleh Al Fadhil Ustaz Rosmin Bin Hj Adam Diadakan Di Surau Al-Ansar.
Kepada Penduduk Yang Telah Mendaftar Diri Sebagai Ahli, Boleh Mendapatkan Kad Keahlian Daripada Ahli Jawatankuasa, En Ismail Mohamad Atau Hadir Ke Surau Al-Ansar
Oleh Itu Setiap Ahli Yang Telah Mendaftar Dikehendaki Membuat Bayaran RM10/= Untuk Setiap Kematian Sepertimana Yang Termaktub Di Dalam Syarat-Syarat Yang Telah Dipersetujui.
BERSYUKUR KITA KEPADA ALLAH SWT
Pada Hari Ini 1 Julai 2010 [18 Rejab 1431H] Hari Khamis Secara Rasmi Solat Maghrib, Solat Hajat & Bacaan Yaasiin di Surau Al-Ansar Yang Baru.
Pada 18 Ogos 2010[9 Ramadhan 1431H] Hari Rabu [Selepas Solat Isyak] Jenazah Pertama, Almarhumah Kalsom Binti A Bakar Disembahyangkan Di Surau Al-Ansar Yang Diimamkan Oleh Al Fadhil Ustaz Affandy Mat Nor
Pada Hari Ini 17 November 2010 [10 Zulhijjah 1431H] Hari RABU Buat Pertama Kalinya Solat Idul Adha Diadakan Di Surau Al-Ansar.
Pada Hari Ini 05 Disember 2010 [29 Zulhijjah 1432] Hari Ahad Kelas Mengaji Quran Dewasa Diadakan Di Surau Al-Ansar.
Pada Hari Ini 4 Jun 2011 [2 Rejab 1432] Hari Sabtu Buat Pertama Kalinya Majlis Akad Nikah Diadakan Di Surau Al-Ansar.
MAJLIS BACAAN YAASIIN MUSLIMAT Setiap Sabtu ~ Minggu ke1 & 3 ~ 03.00 Petang-
1. Sihat sebelum sakit 2. Muda sebelum tua 3. Kaya sebelum miskin 4. Lapang sebelum sempit 5. Hidup sebelum mati.
Cuba perhatikan satu-satu perkara tersebut dan fikirkan sedalam-dalam makna yang terkandung disetiap perkara itu.
1. SIHAT SEBELUM SAKIT – lakukan sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan kebaikan kpd diri anda dan orang2 disekeliling anda semasa anda masih sihat.
2. MUDA SEBELUM TUA – waktu anda muda inilah saatnya anda berusaha mencari kemewahan disamping tidak lupa kewajiban anda kepada Maha Pencipta, kelak bila anda tua anda tidak lagi memikirkan hal duniawi.
3. KAYA SEBELUM MISKIN – Waktu anda kaya berharta itulah anda boleh menolong orang yang lebih susah drp anda kerana sedekah yang ikhlas akan jd bekalan anda menghadapNYA.
4. LAPANG SEBELUM SEMPIT – Waktu anda masih ada kelapangan inilah waktu yang paling sesuai mendalami ilmu agama untuk pedoman anda.
5. HIDUP SEBELUM MATI – Sesungguhnya sewaktu hidup semua 4 perkara di atas boleh anda lakukan, bila anda telah tiada hanya amal soleh,sedekah dan doa anak yang soleh yang mengiringi anda.
Sebagai Khalifah di bumi Allah ini saya sekadar mengingati kepada anda di luar sana dan tentunya kepada diri saya sendiri, mgkin difinasi sy tidak sama dgn anda, apapun difinasinya renungkan dan fikir2kanlah. Salam mesra.
Sabda Rasullullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi,
mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah- mudahan jadi bisa, karena sudah biasa! Sekarang anda mempunyai 2 pilihan :
Program Kesihatan Untuk Muslimat
Dr Sulaiha
IMU Seremban
26 Jun 2011 ~ Sabtu
Kuliah Bulanan
Ustaz Mokhtar Senik
Madrasah An Nuur Pahang
14 Mei 2011 ~ Sabtu
Kuliah Subuh
En Ali Anuar [Pendakwah Bebas Dari Sabah]
Pengalaman Berdakwah Di Borneo
10 April 2011 ~ Ahad
Ceramah Maal Hijrah Ir Ahmad Jais Alias
Mantan Pengarah Radio Ikim
Ceo Koperasi Muslimin
Surau Al-Ansar
18 Disember 2010 ~ Sabtu
Majlis Korban & Aqiqah 17 November 2010 ~ Rabu
Solat Sunat Hari Raya Idul Adha 17 November 2010 ~ Rabu
Ceramah Umum Sempena Bulan Haji Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman
Surau Al-Ansar
06 Disember 2010 ~ Sabtu
Majlis Korban & Aqiqah 06 November 2010 ~ Sabtu
Jamuan Hari Raya Aidil Fitri 26 September 2010 ~ Ahad
Program Semarakan Ramadhan Kuliah Subuh
Ustaz Affandy Mat Nor
Surau Al-Ansar
Kuliah Maghrib
Ustaz Mohd Kamel Salleh
Pusat Pemantapan Akidah, Jelebu
Persediaan Ihya Ramadhan
08 Ogos 2010 ~ Ahad
Majlis Solat Hajat & Bacaan Yaasiin Untuk Pelajar Yang Akan Menduduki Peperiksaan STPM, SPM, PMR & UPSR
Serta Ibu Bapa Yang Akan Mengambil Peperiksaan [PTK, Universiti dsb]
Surau Al-Ansar
05 Ogos 2010 ~ Khamis
Kuliah Maghrib Ustaz Ahyad Bin Ismail
Surau Al-Ansar
01 Ogos 2010 ~ Ahad
Kuliah Suboh Ustaz Zaidi Bin Ramli
Mantan Timbalan Mufti Negeri Sembilan
Yahudi Tak Alah Selagi Solat Suboh Berjemaah Tak Seramai Solat Jumaat
Surau Al-Ansar
01 Ogos 2010 ~ Ahad
Program Jom Solat Subuh Berjemaah ~ Qiamullail Surau Al-Ansar
01 Ogos 2010 ~ Ahad
Nisfu Sya'ban ~ Majlis Bacaan Yaasiin Surau Al-Ansar
26 Julai 2010 ~ Isnin
Majlis Aqiqah & Israk Mikraj Ustaz Khusairi Hamdan
Imam Masjid Seremban Selatan
Surau Al-Ansar
24 Julai 2010 ~ Sabtu
Gotong Royong Perdana ~ Pembersihan & Penanaman Pokok Di Surau Al-Ansar Baru Surau Al-Ansar
20 Jun 2010 ~ Ahad
Kursus Pengurusan Jenazah Muslimat Surau Al-Ansar
09 Mei 2010 ~ Ahad
Perlancaran Tabung Khairat Kematian Surau Al-Ansar
08 Mei 2010 ~ Sabtu
Sambutan Maulidur Rasul Ustaz Azrol Azlan Iskandar
Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai
< 06 Mac 2010 ~ Sabtu
Kuliah Bulanan ~ KALIMAH SUCI Ustaz Shahrozi Bin Hashim
Institut Perguruan Guru Kampus Raja Melewar
Bekas Pensyarah Kanan Fakulti Syariah & Undang-Undang Usim
04 Febuari 2010 ~ Khamis
DARIPADA Anas Radiallahu Anhu, berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya;
1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan orang mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh iaitu anak yang selalu diajar ilmu al-Quran, maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.
Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery ' pasti kenal Mr. Jacques Yves Costeau , ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.
Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.
Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.
Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. ."Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.
Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu ' lu`u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak
ditemukan mutiara.
Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur ' an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur ' an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam
akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur ' an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannyamutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.
Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."
Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.
53. Dan dialah yang membiarkan dua laut yang mengalir (berdampingan); yang Ini tawar lagi segar dan yang lain asin lagi pahit; dan dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi. [ Surah Al Furqan ]
Namun tentu saja, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, namun nampak seperti sungai... luar biasa bukan?
Terdapat satu waktu yang singkat pada hari Jumaat, sesiapa yg bersembahyang dan berdoa menepati waktu tersebut, Allah akan makbulkan permintaannya. (Hadis ~ Muslim)
Memberi Dan Menjawab Salam
SALAM Memberi Salam Adalah Sunat Dan Menjawab Salam Adalah Wajib
~ Bahan Yang Lalu ~ http://suraual-ansar.blogspot.com/2011/06/perkataan-salam.html
Potong kuku bukan sebarang potong tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya, potong kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku tu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, Bukannya tong sampah sekalipun tong sampah tu bersih.
Mulakan potong kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan potong start jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan Last sekali ibu jari tangan kanan.
Kalau kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah cara memotong kuku cara Islam ( sunnah ) yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.
Dari Anas bin Malik bermaksud:
Sudah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam. ~ [Riwayat Muslim].
Menurut Imam Shafie:
Sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat sepertimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid.
Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud:
Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik, kemudian keluar rumah hingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi orang yang sudah bersaf, kemudian mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata hingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya. ~ [Riwayat Ahmad].
Berkata Abu Hurairah R.A. bermaksud:
Nabi Muhammad S.A.W. memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk bersembahyang. ~ [Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani].
RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-
Barang siapa yang memotong kukunya pada ;
Hari Sabtu:Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari Selasa:Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
Walaupun tidak ada hadis sahih berkenaan persoalan memotong kuku dan boleh memotong kuku tanpa mengikut hari-hari tertentu. Tetapi, pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat adalah hari yang diutamakan untuk melakukan ibadat sunat. Oleh yang demikian, sunat memotong kuku pada hari-hari tersebut.
~ oleh Ahmad Zaki
~ SEKADAR INGATAN ~
Rasulullah s.a.w Bertanya "Wahai Iblis, berapa banyakkah temanmu dari umatku? Berkata Iblis, "Umatmu yang menjadi temanku ada sepuluh
Orang kaya yang sombong Peniaga yang tidak jujur (khianat) Peminum arak Orang yang memutuskan tali persaudaraan Hakim yang tidak adil Orang yang mengumpulkan harta melalui riba Orang yang makan harta anak yatim Orang yang selalu melengah-lengahkan solat dan sering meninggalkan solat Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat Orang yang berangan-angan tinggi
Doa Paling Afdal Di Bulan Ramadhan
“Allah humma innaka ‘afuu wun karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (Maknanya Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku). Dengar & Muat Turun
Dan Tuhanmu berfirman:"Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan"
[Surah Al Mu'min Ayat 60]
apa yang paling dekat dengan diri kita - mati
apa yang paling jauh dari kita didunia - masa lalu
apa yang paling besar di dunia - nafsu
apa yang paling berat di dunia - menanggung amanah
apa yang paling ringan di dunia - meninggalkan solat
Syukur Alhamdulillah Kesemua 5 Buah Air Cond Telah Selesai Pemasangannya Pada 06 September 2010 ~ 27 Ramadhan 1431H - Isnin. Jawatankuasa Surau Mengucapkan Berbanyak Terima Kasih Kepada Penderma.
Sumbangan ikhlas untuk PEMBESARAN SURAU. No Akaun Bank Muamalat 0501-0002973-712 Dan Sumbangan ikhlas untuk menjayakan AKTIVITI SURAU. No Akaun Bank Simpanan Nasional 0510041000080051
Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda bermaksud : “Apabila mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga perkara iaitu sedekah yang berjalan terus, ilmu yang berguna dan diamalkan serta anak yang soleh yang mendoakan baik baginya”.
VIDEO PILIHAN
Kuliah ~ Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi
Ceramah ~ Ustaz Mohd Uda Kasim
Program Qurban & Aqiqah 1431H
Ceramah ~ Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman
Keajaiban Tuhan ~ Sungai Bawah Laut
Tazkirah ~ Ustaz Azmil Mustapha
Awan Lindungi Pesawat Ustaz Fadhil Noor