Monday 31 May 2010

SEMBAHYANG DI DASAR LAUT


Pekerja minyak di Arab Saudi Sembahyang di dalam air apabila sampai waktu sembahyang.
Tidak ada sebab kita tidak boleh mengerjakan sembahyang.

[+] Baca Lagi...

Thursday 27 May 2010

TUJUH PERKARA GANJIL ~ TERHADAP MAYAT

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."


" Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabk an atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam. .

[+] Baca Lagi...

Sunday 2 May 2010

TABUNG KHAIRAT KEMATIAN

TAKLIMAT & PERLANCARAN
TABUNG KHAIRAT KEMATIAN TAMAN CORAL HEIGHTS
08 MEI 2010 ~ SABTU
SURAU AL-ANSAR
SELEPAS ISYAK ~ 09.00 MALAM

Faedah Menjadi Ahli :-

~ Jenazah ahli, suami/isteri, anak dalam tanggungan dan ibu bapa / penjaga yang tinggal bersama akan diuruskan oleh JK TKK TCH
~ Yuran akan dibayar sekali seumur hidup (RM50.00)
~ Bayaran tambahan RM 10.00 jika berlaku kematian ahli
~ Meringankan beban waris
~ Tahlil akan diadakan di Surau Al-Ansar (satu malam)
~ Jawatankuasa dikendalikan oleh JK Surau Al-Ansar

Sila Datang Beramai-ramai untuk mendaftar. Jangan Lepaskan Peluang

Bayaran Pendaftaran RM10.00 & Yuran RM50.00

~ Sila bawa maklumat seperti nama, no kp ahli, suami / isteri, anak dalam tanggungan dan ibu bapa / penjaga yang tinggal bersama untuk tujuan pendaftaran.

[+] Baca Lagi...

KISAH NABI SULAIMAN & SEMUT

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".
Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".
Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa". Itulah Iman Semut!!


[+] Baca Lagi...

MARI BERSAMA MENAMBAH SAHAM AKHIRAT




Terdapat satu waktu yang singkat pada hari Jumaat, sesiapa yg bersembahyang dan berdoa menepati waktu tersebut, Allah akan makbulkan permintaannya. (Hadis ~ Muslim)

Memberi Dan Menjawab Salam


SALAM
Memberi Salam Adalah Sunat Dan Menjawab Salam Adalah Wajib

MEMBERI SALAM
Assalamualaikum

MENJAWAB SALAM
Waalaikum Mus Salam Warahmatullah

MEMBERI SALAM
Assalamualaikum Warahmatullah

MENJAWAB SALAM
Waalaikum Mus Salam Warahmatullah Hibarokatuh

MEMBERI SALAM
Assalamualaikum Warahmatullah Hibarokatuh

MENJAWAB SALAM
Waalaikum Mus Salam Warahmatullah Hibarokatuh Wariduanuh


KIRIM SALAM
Sampaikan Salam ~ As Salamualaikum Saya Pada Sipulan Bin/Binti Sipulan

MENJAWAB SALAM
PEMBAWA LELAKI ~ PENGIRIM LELAKI
Alaika Wa Alaihis Salam

PEMBAWA LELAKI ~ PENGIRIM PEREMPUAN
Alaika Wa Alaihas Salam

PEMBAWA PEREMPUAN ~ PENGIRIM PEREMPUAN
Alaiki Wa Alaihas Salam

PEMBAWA PEREMPUAN ~ PENGIRIM LELAKI
Alaiki Wa Alaihis Salam


http://suraual-ansar.blogspot.com
Download Salam PDF

~ Bahan Yang Lalu ~
http://suraual-ansar.blogspot.com/2011/06/perkataan-salam.html


Potong kuku bukan sebarang potong tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya, potong kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku tu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, Bukannya tong sampah sekalipun tong sampah tu bersih.
Mulakan potong kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan potong start jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan Last sekali ibu jari tangan kanan. Kalau kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah cara memotong kuku cara Islam ( sunnah ) yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.
Dari Anas bin Malik bermaksud: Sudah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam. ~ [Riwayat Muslim]. Menurut Imam Shafie: Sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat sepertimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid. Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik, kemudian keluar rumah hingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi orang yang sudah bersaf, kemudian mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata hingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya. ~ [Riwayat Ahmad].
Berkata Abu Hurairah R.A. bermaksud: Nabi Muhammad S.A.W. memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk bersembahyang. ~ [Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani].
RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:- Barang siapa yang memotong kukunya pada ;
Hari Sabtu:Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit. Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan. Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat Hari Selasa:Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan. Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit. Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala. Walaupun tidak ada hadis sahih berkenaan persoalan memotong kuku dan boleh memotong kuku tanpa mengikut hari-hari tertentu. Tetapi, pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat adalah hari yang diutamakan untuk melakukan ibadat sunat. Oleh yang demikian, sunat memotong kuku pada hari-hari tersebut. ~ oleh Ahmad Zaki
~ SEKADAR INGATAN ~

Rasulullah s.a.w Bertanya
"Wahai Iblis, berapa banyakkah temanmu dari umatku?
Berkata Iblis, "Umatmu yang menjadi temanku ada sepuluh

Orang kaya yang sombong
Peniaga yang tidak jujur (khianat)
Peminum arak
Orang yang memutuskan tali persaudaraan
Hakim yang tidak adil
Orang yang mengumpulkan harta melalui riba
Orang yang makan harta anak yatim
Orang yang selalu melengah-lengahkan solat dan sering meninggalkan solat
Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat
Orang yang berangan-angan tinggi


Doa Paling Afdal Di Bulan Ramadhan
“Allah humma innaka ‘afuu wun karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (Maknanya Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku). Dengar & Muat Turun
Dan Tuhanmu berfirman:"Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan"
[Surah Al Mu'min Ayat 60]
BILA ALLAH CEPAT MAKBULKAN DOAMU, MAKA DIA MENYAYANGIMU BILA DIA LAMBAT MAKBULKAN DOAMU,MAKA DIA INGIN MENGUJIMU BILA DIA TIDAK MAKBULKAN DOAMU, MAKA DIA MERANCANG SESUATU YANG LEBIH BAIK UNTUKMU...OLEH ITU SENTIASALAH BERSANGKA BAIK PADA ALLAH DALAM APA JUA KEADAAN PUN... KERANA KASIH SAYANG ALLAH ITU MENDAHULUI KEMURKAANNYA
apa yang paling dekat dengan diri kita - mati
apa yang paling jauh dari kita didunia - masa lalu
apa yang paling besar di dunia - nafsu
apa yang paling berat di dunia - menanggung amanah
apa yang paling ringan di dunia - meninggalkan solat
apa yang paling tajam di dunia - lidah manusia

blogger templates | Make Money Online