Sunday 21 February 2010

Tazkirah ~ Bulan Rabiul Awwal

TAZKIRAH BULAN RABIUL AWWAL
Oleh: Ust Aris Hazlan Hj Ismail

Rabi'ul Awwal berasal dari dua kalimah iaitu RABI' (ÑÈíÚ) dan AL AWWAL (ÇáÃæá). RABI' bererti musim bunga dan AL AWWAL pula bermaksud yang pertama. Mengikut sejarah orang-orang Arab, musim-musim yang memberikan kegembiraan biasanya disifatkan sebagai Rabi' (winter). Adakalanya musim hujan dan musim sejuk juga adakalanya dipanggil Rabi'.

PERISTIWA PENTING
Antara peristiwa penting yang berlaku di dalam bulan ini ialah:

1. Kelahiran Rasulullah SAW
Ulama' berselisih pendapat mengenai tarikh sebenar kelahiran baginda. Namun yang masyhurnya, baginda dilahirkan pada hari Isnin, 12 haribulan Rabi'ul Awwal tahun Abrahah menyerang Kaabah dengan tentera bergajah. Tahun itu dikenali sebagai tahun gajah.

2. Hijrah Nabawiyyah
Setelah 13 tahun berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diarahkan oleh Allah SWT supaya berhijrah ke Madinah yang ketika itu dikenali sebagai Yathrib. Penghijrahan ini bukan atas dasar 'takut' ataupun 'lari'. Akan tetapi ia dilakukan atas dasar kepatuhan kepada perintah Allah SWT.

Hijrah juga mengajar kita bahawa banyak sudut di dalam ajaran Islam tidak dapat dilaksanakan melainkan setelah ada kuasa pemerintahan. Dengan sebab itu, baginda berhijrah dan mendirikan kerajaan Islam di Madinah. Dengan adanya kuasa pemerintahan sendiri banyak hukum hakam Islam dapat dilaksanakan seperti undang-undang sosial, ekonomi, hukum hakam jinayah dan sebagainya, yang mana ianya tidak dapat dilaksanakan jika tiada kuasa.

Hijrah juga mengajar kita betapa perlunya pengorbanan harta dan jiwa raga demi untuk Islam. Para sahabat Rasulullah SAW sanggup meninggalkan harta benda, rumah dan saudara-mara mereka semata-mata menyahut seruan Allah.

3. Kewafatan Rasulullah SAW
Kewafatan baginda juga berlaku pada hari Isnin daripada bulan ini. Baginda wafat pada tahun 11 hijriyyah pada usia 63 tahun mengikut kiraan kelendar hijriyyah. Baginda wafat di sisi Aisyah dan dikebumikan di tempat baginda menghembuskan nafas terakhir. Kini tempat (kubur) tersebut sudah termasuk di dalam Masjid Nabawi hasil pembesaran bangunan masjid.

Sememangnya ajal maut di tangan Tuhan. Tetapi perlu diingatkan, bahawa kewafatan baginda Nabi Muhammad SAW ini adalah rentetan daripada sihir yang dilakukan oleh kaum Yahudi di Madinah ke atas baginda. Walaupun baginda terselamat di dalam cubaan berkenaan, namun kesan sampingannya menyebabkan baginda menderita sakit beberapa minggu dan akhirnya beliau dipanggil oleh Allah ke alam baqa'.

Sesungguhnya mereka yang paling pedih azabnya di hari akhirat kelak ialah orang yang membunuh para nabi dan orang yang dibunuh oleh para nabi.

KENALI RASULULLAH SAW
Bersempena dengan bulan yang mulia ini, ada baiknya kita menyemak kembali engetahaun kita mengenai Rasulullah SW. Di bawah ini diperturunkan pengenalan mengenai nabi kita Muhammad SAW secara ringkas:

* NAMA DAN KETURUNAN
1. Silsilah keturunan sebelah bapa:
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim bin Abdu Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah

2. Silsilah keturunan sebelah ibu:
Muhammad bin Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah

* KELAHIRAN
1. Dilahirkan dalam keadaan yatim pada 12 Rabi'ul Awwal tahun Gajah bersamaan 20/4/571M di Kota Suci Makkah Al Mukarramah
2. Bapanya (Abdullah) meninggal dunia ketika baginda dalam kandungan ibunya.
Ibunya pula meninggal dunia ketika baginda berusia 6 tahun
3. Bidannya ialah As Syifa' (ibu kepada Abdul Rahman bin Auf)
4. Ibu susunya ialah: Thuaibah dan Halimatus Sa'diah
5. Saudara sesusunya: As Syaima' dan Abu Salamah bin Abdul Asad

* USIA BAGINDA
1. Ketika berkahwin dengan Khadijah: 25 tahun
2. Ketika turunnya wahyu pertama: 40 tahun
3. Ketika berhijrah ke Madinah: 53 tahun
4. Ketika menyertai peperangan Badar: 55 tahun
5. Ketika wafat: 63 tahun (perkiraan ini adalah mengikut kiraan hijriyyah qamariyyah)

* ISTERI-ISTERI BAGINDA
1. Khadijah binti Khuwailid
2. Aisyah binti Abu Bakar
3. Saudah binti Zam'ah
4. Hafsah binti Umar
5. Zainab binti Khazimah
6. Ummu Salamah Hindun binti Umaiyyah
7. Zainab binti Jahsyi
8. Ramlah binti Abu Sufian
9. Juwairiah binti Al Harith
10. Sofiyyah binti Huyai
11. Maimunah binti Al Harith

- Baginda wafat dengan meninggalkan 9 orang isteri yang masih hidup
- Hamba perempuan baginda ialah Mariah Al Qibtiah dan Raihanah binti Amru

* PUTERA-PUTERI BAGINDA
- Daripada Khadijah:
1. Zainab
2. Ruqayyah
3. Ummu Kalthum
4. Fatimah
5. Al Qasim
6. Abdullah

- Daripada Mariah:
1. Ibrahim

* BAPA DAN IBU SAUDARA
1. Bapa saudara: Zubair, Abu Talib, Abdul Kaabah (meninggal sewaktu masih kecil), Al Abbas, Al Harith, Abdul Uzza, Naufal, Al Muqawwam, Al Mughirah, Hamzah
2. Ibu saudara: Ummu Hakim Al Baidha', 'Atiqah, Sofiyyah, Barrah, Umaimah, Arwa
3. Yang memeluk Islam hanyalah: Hamzah, Al Abbas dan Sofiyyah

* MUKJIZAT BAGINDA
Antara mukjizat baginda ialah:
1. Kitab suci Al Qur'anul Karim
2. Peristiwa Isra' dan mi'raj
3. Menerima (daripada Allah) dan menyampaikan khabar berita yang telah dan akan berlaku serta perkara2 ghaib
4. Tunggul kurma menangis dan bersedih hati untuk berpisah dengan baginda
5. Makanan yang sikit cukup dimakan oleh jumlah sahabat yang ramai
6. Keluar air dari celah-celah jarinya
7. Memenangi peperangan dalam keadaan jumlah tentera baginda jauh lebih sedikit daripada jumlah tentera musuh
8. dan lain-lain lagi

* AKHLAK BAGINDA
1. Akhlak baginda adalah berdasarkan Al Qur'an
2. Baginda adalah manusia paling bersopan santun
3. Baginda adalah manusia paling berani (tetapi bukan pembengis)
4. Baginda adalah manusia paling amanah (digelar Sadiqul Amin)
5. Baginda adalah manusia paling bertaqwa
6. Tawadhu' (rendah diri)
7. Zuhud terhadap dunia (kehidupannya simple)
8. Lebih banyak diam daripada berkata-kata
9. Mudah mesra, sentiasa memulakan memberikan salam
10. Tidak berlebih-lebih dalam memuji dan mencela
11. Ketawanya hanyalah senyuman
12. Menyayangi kanak-kanak dan menghormati orang tua

* SIFAT FIZIKAL BAGINDA
1. Rupa parasnya kacak
2. Kulitnya puti kemerah-merahan
3. Ketinggiannya sederhana (tidak terlalu tinggi / rendah)
4. Hidungnya mancung
5. Dahinya luas
6. Antara dua bahunya (belikat) ada tanda Khatamun Nubuwwah (tanda kenabian)
7. Jauh antara dua bahunya (dada bidang)
8. Berjalan laju dan tunduk
9. Janggutnya lebat

* PAKAIAN/SENJATA/KENDERAAN
1. As Sahab : nama serban baginda
2. Al Fathu : nama rida' (kain selepang) baginda
3. Zulfaqar : nama pedang baginda
4. Al Mathwa : nama lembing baginda
5. Al Anzah : nama tombak baginda
6. Al Katum : nama panah baginda
7. Az Zaluq : nama perisai baginda
8. Al Murtajiz : nama kuda baginda
9. 'Ufair : nama kaldai baginda
10. Al Adhba' dan Al Qaswa': nama unta baginda
11. Ghauthah : nama kambing baginda
12. Ar Rayyan : nama cebuk (gayang) baginda

* PENGLIBATAN DALAM PEPERANGAN
1. 27 kali terlibat dalam peperangan menentang golongan kuffar
2. 9 kali turun berperang (mengangkat senjata) iaitu Badar, Uhud, Khandak (Ahzab), Quraizah, Mustaliq, Fathu Makkah, Hunain, Taif dan Khaibar
3. 40 kali mengutuskan pasukan perang melancarkan operasi (sariyah)


Download / Muat Turun [Tazkirah ~ Bulan Rabiul Awwal.PDF]

[+] Baca Lagi...

MARI BERSAMA MENAMBAH SAHAM AKHIRAT




Terdapat satu waktu yang singkat pada hari Jumaat, sesiapa yg bersembahyang dan berdoa menepati waktu tersebut, Allah akan makbulkan permintaannya. (Hadis ~ Muslim)

Memberi Dan Menjawab Salam


SALAM
Memberi Salam Adalah Sunat Dan Menjawab Salam Adalah Wajib

MEMBERI SALAM
Assalamualaikum

MENJAWAB SALAM
Waalaikum Mus Salam Warahmatullah

MEMBERI SALAM
Assalamualaikum Warahmatullah

MENJAWAB SALAM
Waalaikum Mus Salam Warahmatullah Hibarokatuh

MEMBERI SALAM
Assalamualaikum Warahmatullah Hibarokatuh

MENJAWAB SALAM
Waalaikum Mus Salam Warahmatullah Hibarokatuh Wariduanuh


KIRIM SALAM
Sampaikan Salam ~ As Salamualaikum Saya Pada Sipulan Bin/Binti Sipulan

MENJAWAB SALAM
PEMBAWA LELAKI ~ PENGIRIM LELAKI
Alaika Wa Alaihis Salam

PEMBAWA LELAKI ~ PENGIRIM PEREMPUAN
Alaika Wa Alaihas Salam

PEMBAWA PEREMPUAN ~ PENGIRIM PEREMPUAN
Alaiki Wa Alaihas Salam

PEMBAWA PEREMPUAN ~ PENGIRIM LELAKI
Alaiki Wa Alaihis Salam


http://suraual-ansar.blogspot.com
Download Salam PDF

~ Bahan Yang Lalu ~
http://suraual-ansar.blogspot.com/2011/06/perkataan-salam.html


Potong kuku bukan sebarang potong tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya, potong kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku tu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, Bukannya tong sampah sekalipun tong sampah tu bersih.
Mulakan potong kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan potong start jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan Last sekali ibu jari tangan kanan. Kalau kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah cara memotong kuku cara Islam ( sunnah ) yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.
Dari Anas bin Malik bermaksud: Sudah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam. ~ [Riwayat Muslim]. Menurut Imam Shafie: Sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat sepertimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid. Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik, kemudian keluar rumah hingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi orang yang sudah bersaf, kemudian mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata hingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya. ~ [Riwayat Ahmad].
Berkata Abu Hurairah R.A. bermaksud: Nabi Muhammad S.A.W. memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk bersembahyang. ~ [Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani].
RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:- Barang siapa yang memotong kukunya pada ;
Hari Sabtu:Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit. Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan. Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat Hari Selasa:Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan. Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit. Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala. Walaupun tidak ada hadis sahih berkenaan persoalan memotong kuku dan boleh memotong kuku tanpa mengikut hari-hari tertentu. Tetapi, pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat adalah hari yang diutamakan untuk melakukan ibadat sunat. Oleh yang demikian, sunat memotong kuku pada hari-hari tersebut. ~ oleh Ahmad Zaki
~ SEKADAR INGATAN ~

Rasulullah s.a.w Bertanya
"Wahai Iblis, berapa banyakkah temanmu dari umatku?
Berkata Iblis, "Umatmu yang menjadi temanku ada sepuluh

Orang kaya yang sombong
Peniaga yang tidak jujur (khianat)
Peminum arak
Orang yang memutuskan tali persaudaraan
Hakim yang tidak adil
Orang yang mengumpulkan harta melalui riba
Orang yang makan harta anak yatim
Orang yang selalu melengah-lengahkan solat dan sering meninggalkan solat
Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat
Orang yang berangan-angan tinggi


Doa Paling Afdal Di Bulan Ramadhan
“Allah humma innaka ‘afuu wun karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (Maknanya Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku). Dengar & Muat Turun
Dan Tuhanmu berfirman:"Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan"
[Surah Al Mu'min Ayat 60]
BILA ALLAH CEPAT MAKBULKAN DOAMU, MAKA DIA MENYAYANGIMU BILA DIA LAMBAT MAKBULKAN DOAMU,MAKA DIA INGIN MENGUJIMU BILA DIA TIDAK MAKBULKAN DOAMU, MAKA DIA MERANCANG SESUATU YANG LEBIH BAIK UNTUKMU...OLEH ITU SENTIASALAH BERSANGKA BAIK PADA ALLAH DALAM APA JUA KEADAAN PUN... KERANA KASIH SAYANG ALLAH ITU MENDAHULUI KEMURKAANNYA
apa yang paling dekat dengan diri kita - mati
apa yang paling jauh dari kita didunia - masa lalu
apa yang paling besar di dunia - nafsu
apa yang paling berat di dunia - menanggung amanah
apa yang paling ringan di dunia - meninggalkan solat
apa yang paling tajam di dunia - lidah manusia

blogger templates | Make Money Online